Rabu, 15/12/2004 – Setelah berjaya melakukan serangan di perlintasan Rafah, Brigade Izzudin Al-Qassam dan Brigade Syuhada Al-Aqsha, sayap tentera Fatah menyatakan bertanggungjawab ke atas kejadian itu.
Menurut kenyataan bersama kedua brigade penentangan itu, serangan dilakukan melalui terowong sepanjang 800 meter yang menemukan pos tentera Israel. Mereka kemudian memasang bom yang mempunyai kekuatan besar, 1.5 ton di bawah pos tersebut sehingga letupan yang berlaku menghasilkan impak yang amat kuat pada pukul 17:07 waktu tempatan.
Serangan itu turut dirakamkan oleh kedua-dua brigade. Tidak lama selepas letupan yang pertama, mereka sekali lagi melakukan serangan meggunakan bom dinamit seberat 200 kg. Dalam satu kenyataan, mereka bertanggungjawab atas serangan jihad ini. Mereka juga berjanji kepada Allah dan kepada rakyat Palestin bahawa perjuangan dan penentangan tetap akan diteruskan sehingga Israel keluar dari bumi Palestin.
Hasil dari serangan itu, brigade jihad memperoleh barang rampasan berupa senjata dan bahan letupan. Seorang anggota Brigade mengaku berhasil membawa delapan pucuk senjata setelah salah seorang kawannya dari Syuhada Al-Aqsha menemui syahid di sana.
Para mujahideen berjaya membunuh 4 tentera Israel dan menhancurkan pos tentera. Sementara itu seramai 9 orang tentera Israel cedera parah, demekian pengakuan Ra?nan Jasien, jurucakap Ariel Sharon.