Rabu, 15/12/2004 – Penduduk Palestin dibenarkan untuk mengundi pilihanraya Presiden untuk memilih pengganti kepada Yasir Arafat, sumber rasmi dari Israel.Menteri Pertahanan Israel, Shaul Mofaz berkata askar Israel (baca: rejim Zionis) akan keluar dari kawasan Jerusalem sebelum penggundian pada 9/1/2005 ini dan akan berada di luar kawasan selama 72 jam.
Pengosongan sementara ini bertujuan untuk mengelakkan pertembungan dengan rakyat Palestin.
Pegawai rasmi Palestin bersetuju untuk menempatkan tempat pengundian di pejabar pos di timur Jerusalem sama seperti pilihanraya 1996. Timur Jerusalem adalah dalam kuasa Palestin sebelum ia dirampas oleh rejim Zionis pada tahun 1967 dengan sokongan Amerika.
Mesyuarat Rahsia
Pegawai Palestin dan Israel telah berjumpa secara rahsia di Jerusalem minggu lepas utk membincangkan tentang pilihanraya Presiden ini menurut televisyen Israel. Mereka adalah Dov Weisglass dan Shalom Turgeman dari pihak Israel manakala dari pihak Palestin adalah Saib Uraiqat dan Hassan Abu Libda.
Bassam al-Salhi adalah antara calon pilihanraya yang di serang rejim Zionis (kanan)