Ramallah,Isnin, 20/12/2004 – Operasi penangkapan oleh tentera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin ternyata membuatkan mereka menemui jalan buntu. Ini kerana penjara penuh sesak dan terpaksa membebaskan 200 tawanan Palestin dengan alasan kemanusiaan.
Gabungan Tawanan Palestin menegaskan, proses pembebasan sekitar 200 tawanan Palestin, yang akan dilakukan oleh pihak Zionis Israel, tidak lain adalah proses formaliti(pembohongan) sahaja, tidak lain hanyalah usaha mengurangkan kepadatan penghuni penjara Zionis Israel itu. Dengan pembebasan 200 tawanan Palestin itu, Israel mendakwa mereka amat sensitif dan memiliki inisiatif terhadap hak-hak kemanusiaan. Dalam pada itu mereka turut mengabaikan seramai 8000 tawanan lain yang mana sebahagiannya telah menghuni selama 28 tahun. Ada juga sebahagian tawanan yang sakit, cacat dan termasuk juga kanak-kanan.