Selasa , 14/07/2009 – Dr. Yousuf Rezqa, penasihat politik kepada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, berkata bahawa keterbukaan rakyat Eropah kepada pergerakan Hamas dan kerajaannya adalah hasil daripada keteguhan penduduk Gaza berhadapan kezaliman dan pengepungan Israel.
Dalam satu temuramah yang disiarkan oleh Pusat Informasi Palestin (PIC) dan akhbar Al-Raj, Dr. Rezqa menegaskan bahawa kerajaan Gaza tidak gentar dengan keterbukaan rakyat Eropah kerana mereka sering prihatin terhadap kepentingan rakyat Palestin.
Beliau juga berkata bahawa perang yang dilancarkan oleh Israel terhadap Gaza merupakan satu ujian kepada kedudukan Negara-negara Arab, yang majoritinya jelas sekali mengecewakan dan lambat memberi respon terhadap tuntutan rakyat mereka semasa berlakunya perang tersebut.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa