Khamis, 06/08/2009 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza melaporkan bahawa seorang warga Palestin telah terbunuh di dalam terowong di sempadan Rafah-Mesir.
Dr. Muawiya Hassanen, pegawai di kementerian terbabit berkata bahawa mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Nabil Madi, 20, menemui ajal setelah terkena kejutan elektrik di terowong tersebut. Menurut beliau lagi, jenazah Madi dibawa ke Hospital Abu Yousef Al Najjar dengan beberapa kesan terbakar di beberapa bahagian badan.
Sejak 2007 seramai 112 orang warga menemui ajal dalam kemalangan di terowong yang terletak di Semenanjung Gaza. 10 daripadanya terbunuh di terowong selatan Rafah yang terletak di selatan Semenanjung Gaza pada minggu lepas.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa