Categories
Berita Semasa

(Terkini) Isu tuntutan siasatan terhadap Yasser Arafat hangat didebat.

Khamis,  06/08/2009 – Persidangan Fatah yang diadakan di bandar Bethlehem, Tebing Barat telah memasuki hari kedua dengan para perwakilan yang menyertai persidangan itu mengkritik kepimpinan kerana tidak menuntut satu siasatan atas kematian bekas Presiden, Yasser Arafat dan menghentam mereka kerana tidak berkeras mengenainya.

Tuntutan itu hadir semasa sesi petang pada hari persidangan Rabu lalu. Isu kematian Arafat timbul semula bulan lepas selepas seorang daripada pemimpin senior Fatah yang hidup dalam buangan, Farouq Qaddoumi menuduh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan pemimpin kanan Fatah, Mohammad Dahlan terlibat dengan rancangan Israel meracuni Arafat.

Qaddoumi memberitahu Al Jazeera pada 17 Julai lalu bahawa bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon dan Mohammad Dahlan yang mengetuai pasukan keselamatan Palestin di Semenanjung Gaza terlibat dalam komplot untuk membunuh Arafat. Dia juga berkata Abbas juga terlibat dalam komplot terbabit.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz79