Categories
Berita Semasa

Zionis serbu kampung di al-Quds dan serah notis perobohan rumah.

Jumaat,  07/08/2009 – Beberapa sumber Palestin di al-Quds melaporkan bahawa pada hari ini (Rabu, 5/8) beberapa kumpulan pegawai Majlis Bandaran Zionis al-Quds menyerahkan notis perobohan rumah kepada 13 penduduk al-Quds di beberapa perkampungan bandar tersebut, dengan alasan pembinaan dilakukan tanpa kebenaran dan melakukan tindakan yang dianggap memperkecilkan arahan-arahan Zionis di bandar tersebut.

Sumber itu menambah bahawa tentera Zionis menyerbu beberapa kampung di al-選sawiyyah, Beit Henina dan al-Asqariyyah di Shu断at di sebelah utara, serta Sur Bahir dan Beit Safafa di selatan bandar al-Quds.

Pejabat Perundangan Pertubuhan Pembangunan dan Pengembangan Masyarakat al-Quds menjelaskan bahawa tindakan tersebut masih berterusan hingga ke saat ini. Sehingga kini, ia melibatkan 13 buah rumah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir