Jumaat, 07/08/2009 – Hamas pada Rabu mengesahkan tuduhan jenayah terhadap penyokong dan kumpulan kecil mereka di Tebing Barat oleh puak militan yang setia kepada Mahmoud Abbas, bekas ketua PA, hanya akan menaikkan kekuatan mereka. Gerakan tersebut dalam satu kenyataan berkata bahawa pembunuhan secara ganas terhadap pemimpin Hamas, Kamal Abu Taima di bawah pihak keselamatan Ramallah yang mahu menghapuskan pengaruh Hamas di Tebing Barat seperti mana dirancang Israel yang bersekongkol dengan Koordinator Keselamatan Amerika, Keith Dayton.
Darah syahid Abu Taima akan sentiasa menjadi titik kehinaan pada tangan militan tersebut, ia terbayar, dan seluruh masyarakat dunia yang dihormati segera bertindak bagi menghentikan pembunuhan kejam yang diupah militan Abbas baik di dalam mahu pun di luar tahanan mereka.
Ahli Parlimen Hamas, Mushir Al-Masri menerangkan, pembunuhan Abu Taima semasa dalam soal siasat adalah sebagai salah satu ‘mandian darah’ yang dilakukan oleh pihak keselamatan Ramallah dalam menentang Hamas dan pejuang Palestin. Masri juga menegaskan serangan hebat di Jabalia, utara Gaza, pada petang Selasa juga merupakan cara hukuman militan Ramallah sebagai khidmat kepada ‘Master’ Amerika dan Zionis.
Dalam isu yang lain, ahli parlimen Hamas tersebut menjelaskan ucapan Abbas pada perasmian Mesyuarat Agung Fatah di Baitul Lahm sebagai satu ugutan. Beliau berkata, ucapan tersebut penuh dengan acuan dan persediaan dalam menentang Hamas, dan beliau menambah Abbas memainkan watak sebagai ‘Badut’ apabila berkata yang dia bangga pembinaan sebuah panggung wayang di Nablus merupakan satu pencapaian hebat bagi rakyat Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929