Tulkarm, Khamis, 14/4/20005 – Mohammed Osama, 16 tahun cedera parah di kepala selepas ditembak oleh rejim Zionis dengan menggunakan peluru hidup berhampiran rumahnya
di bandar Tulkarm.
Saksi berkata, rejim Zionis itu tanpa sebarang provokasi tiba-tiba melepaskan tembakan membabi-buta ke arah mangsa yang ketika itu berada di bumbung rumahnya.
Mangsa dikejarkan ke hospital Thabet tetapi melihat akan keadaanya yang amat kritikal, mangsa dipindahkan ke hospital di bandar Nablus.