Khamis, 14/4/2005 – Rejim Zionis hari ini telah meranapkan 2 rumah di bandar Anata walaupun telah berjanji akan menghentikan aktiviti tersebut.
Wakil al jazeera di Palestin, Walid al-Umari melaporkan penduduk di Anata bangkit kemarahan apabila rumah mereka diranapkan menyebabkan 18 orang hilang tempat tinggal.
Sumber Israel menyebut rumah tersebut didirikan
tanpa lesen dan oleh itu sewajarnya ia perlu di robohkan.
Aktiviti kejam rejim Zionis menyebabkan rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal
Februari lalu, Menteri Pertahanan Israel, Shaul Mofaz telah pun berjanji akan menghentikan peranapan rumah rakyat Palestin.
Dalam perkembangan lain, semalam satu resolusi telah di buat di Chicago tentang penyalahgunaan jentolak Caterpillar oleh Israel terhadap rakyat Palestin di mana telah di buat undian pemegang saham Caterpillar Inc. dalam mesyuarat tahunan.
Ini kerana penjualan jentolak tersebut menyalahi
etika sebagai untuk tujuan perdagangan dan perniagaan.
Liat Weingart, pengarah Suara Yahudi Chichago Untuk Kedamaian mengulas, penjualan jentolak tersebut kepada Rejim Zionis sama seperti menjual senjata untuk membunuh rakyat Palestin.