
Jerusalem, Jumaat, 15/4/2005 ? Sumber politik Israel telah menyatakan kekhuatiran terhadap gerakan pembebasan Islam, Hamas, menyertai pilihanraya badan perundangan Palestin yang mendatang dan kemungkinan mereka menyapu kemenangan.
Sumber tersebut telah berkata setelah pertemuan dengan menteri luar Israel Silvan Shalom dan presiden Mesir, Hosni Mubarak, di Kaherah Selasa, mengungkapkan bahawa kebimbangan mereka telah disampaikan kepada Mesir.
?Masalah tersebut akan membesar, kita tidak dapat menafikan pertambahan sokongan yang mendadak terhadap Hamas di kalangan masyarakat Palestin, dan kita menjangkakan kemenangan besar-besaran Hamas dalam pilihanraya tersebut,? kata seorang pegawai berpangkat tinggi keselamatan Israel.
?Berdasarkan kepada radas penilaian keselamatan kami, kami dan kepimpinan PA mempercayai bahawa kekuatan Hamas sedang bangkit dengan pantas dan akan terus bangkit dalam beberapa bulan mendatang,? kata pegawai tersebut lagi.
Dalam usaha untuk menyekat pertambahan populariti Hamas, pihak penjajah Israel telah mengambil keputusan untuk memutuskan semua hubungan dengan sekutu-sekutu atau penyokong-penyokong Hamas yang telah memenangi pilihanraya tempatan baru-baru ini di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.