
Jumaat, 15/4/2005 – Rejim Zionis yang mana 2 tahun lalu telah membunuh James Miller (gambar) , seorang jurukamera bebas dari UK telah dibebaskan semalam.
James Miller di tembak mati oleh rejim Zionis di Rafah iaitu di selatan Jalur Gaza pada May 2003 semasa sedang membuat pengambaran dokumentari tentang kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Hakim dalam perbicaraan ini , Avihai Mandelbit memutuskan untuk mengugurkan pertuduhan kerana kekurangan bukti. Bahkan tertuduh hanya diberi tempoh pemerhatian kerana telah menggunakan senjata dengan cara tidak sesuai.
Beberapa bulan pada tahun lepas, seorang lagi rejim Zionis dibebaskan walaupun telah membunuh seorang kanak2 berumur 9 tahun juga di Rafah. Lebih menyedihkan tertuduh tersebut telah menembak sebanyak 20 tembakan kepada budak tersebut untuk memastikan kematiannya.