Jumaat , 16/10/2009 –Ahli Parlimen berkecuali, Jamal Al-Khudari telah mendesak masyarakat dunia yang mewakili pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia, aktivis keamanan antarabangsa, agensi dan parlimen untuk memulakan kempen keamanan dan bantuan terbesar untuk para penduduk yang terkepung di Gaza bagi membantu mereka mengatasi keadaan musim sejuk yang semakin buruk.
Dalam sebuah kenyataan pada hari Rabu lalu, Khudari berkata kempen harus dilancarkan dengan memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel bagi membuka lintasan Gaza dan membenarkan kemasukan bahan rekonstruksi yang sangat diperlukan.
Sejak perang Gaza yang berakhir Januari lalu, tidak ada satu rumah pun yang dimusnahkan oleh tentera Israel dibina semula ataupun dikekalkan kerana kurangnya aktiviti pembinaan dan bahan asas, menurut ahli parlimen tersebut. Khudari menyeru kepada negara-negara penderma yang menjanjikan sejumlah besar bantuan agar membantu rakyat Gaza serta mengotakan janji-janji mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79