Categories
Berita Semasa

Tentera Israel culik lapan aktivis perarakan menyokong petani Al-Khalil.

Selasa , 27/10/2009 – Pasukan Penjajahan Israel (IOF) telah menculik lapan penduduk Palestin dan aktivis luar semasa perarakan aman bagi menyokong para petani Palestin di perkampungan Imar Ard, selatan dari bandar Al-Khalil dan berdekatan dengan penempatan Bahrthata dan Tashebha.

Petani-petani Palestin berkata, tentera IOF menangkap para peserta tersebut setelah mereka berkeras untuk meneruskan perarakan.

Saksi juga menambah bahawa pihak tentera menggunakan pangkal senapang dan baton untuk memukul para peserta sehingga mengakibatkan kecederaan parah dan ringan, sambil membuktikan pihak tentera menggunakan kekerasan dalam menyuraikan aktivis yang dianggap suatu ancaman bagi keselamatan penempatan Bahrthata dan Tasheba.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil