Categories
Berita Semasa

Mesir mahu tarik diri daripada proses perpaduan Palestin.

Selasa , 27/10/2009 – Sumber atasan Mesir melaporkan Kaherah akan menarik diri daripada proses perpaduan Palestin dan akan merujuk proses perpaduan ini kepada Liga Arab. 

Sumber tersebut mengatakan Mesir akan memanggil mesyuarat tergempar Liga Arab dan akan menyampaikan laporan terkini berhubung status proses perpaduan Palestin dan mereka yang menjadi penghalang kepada proses tersebut yang akan disediakan oleh Pengarah Risikan Mesir, Omar Sulaiman dan pengawai-pegawai Mesir yang lain yang sentiasa peka kepada proses ini.

 

Dalam perkembangan yang lain, Jawatankuasa Perpaduan Palestin menyeru agar perpaduan Palestin diutamakan terlebih dahulu sebelum memanggil sebarang usaha ke pilihanraya umum. Ini kerana ketiadaan perpaduan ini akan mengundang ketidakadilan dan suasana yang tidak sihat untuk mengadakan pilihanraya yang demokratik.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous