Selasa , 27/10/2009 – Sheikh Kamal Al-Khatib, timbalan ketua Gerakan Islam Palestin pada tahun 1948, mendakwa bahawa pihak Israel kini sedang mencari kaedah sistematik baru untuk melakukan serangan di Masjid Aqsa.
Beliau yang bercakap kepada rangkaian TV Al-Jazeera pada hari Ahad lalu telah menyatakan bahawa pihak Israel sedang berusaha untuk membuktikan kuasa “kedaulatan” ke atas tempat suci itu dan membiarkan orang-orang Yahudi fanatik melakukan ‘ritual Talmud’ mereka di dalam Masjid Aqsa.
Khatib menerangkan lagi , pada tahun 1948, Pasukan rejim Zionis pernah menghalang penduduk Palestin daripada pergi ke Masjid Aqsa.
Beliau mengatakan bahawa penduduk Palestin di Baitulmuqaddis terpaksa berjuang untuk membela Aqsa dan sangat memerlukan sokongan penduduk Arab dan masyarakat Islam untuk menentang cabaran-cabaran Zionis yang semakin berleluasa. Beliau berpendapat tanggungjawab menjaga Masjid Aqsa ini sepatutnya bukan hanya dipikul oleh penduduk Baitulmuqaddis sahaja tetapi wajarnya oleh semua penduduk Arab dan masyarakat Islam.
Akhirnya pemimpin Islam itu menyeru media Arab untuk bertindak dan memberi tekanan kepada pihak yang berkuasa untuk mempertahankan tapak suci ini dengan menganggap ini sebagai tanggungjawab keagamaan dan sejarah mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez