Categories
Berita Semasa

Kempen Eropah bagi menentang sekatan bantuan mereka oleh Mesir.

Selasa , 27/10/2009 –Negara eropah telah mengadakan kempen bagi menentang segala kepungan oleh pihak berkuasa Mesir di Semenanjung Gaza untuk membenarkan kemasukan konvoi bantuan dari Eropah – “Miles of Smiles” ke Mesir menuju Gaza.

Semasa mengadakan siding media pada Ahad, penyelaras kempen telah berkata,keadaan teruk di Gaza memerlukan tanggungjawab Mesir sebagai jiran di semenanjung sekurang-kurangnya membantu memecahkan kepungan di Gaza. Kempen tersebut menempelak Kaherah supaya segera member respon bagi membantu memecahkan kepungan tersebut yang kini sudah menjangkau 3 tahun dan memerlukan bantuan kemanusiaan dan perubatan.

Kempen “ Miles of Smiles “ telah disekat di Pelabuhan Said, Mesir, dipenuhi dengan bantuan perubatan seperti kerusi roda elektrik bagi kanak-kanak yang memerlukannya di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929