Khamis , 29/10/2009 – MP Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa terhadap pengepungan, menyatakan bahawa pencerobohan berulang kali oleh Israel ke atas Masjid Aqsa bukan hanya usaha oleh kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi atau individu tertentu, malah mereka sebenarnya mewakili dasar sistematik yang dipaksa oleh kerajaan Israel.
Dalam satu sidang akhbar, Khudari menggariskan bahawa dasar yang cukup berbahaya ini memerlukan usaha dan kerjasama oleh kerajaan Arab dan Negara Islam lain, serta lembaga dan masyarakat untuk membantu rakyat Palestin menghadapi ancaman Zionis ini.
Beliau merayu kepada para pegawai Arab dan Muslim untuk bekerjasama dan bersungguh-sungguh menyokong rakyat Palestin dalam menghadapi perkara ini yang mengancam masa depan mereka di Baitulmuqaddis.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul