Categories
Berita Semasa

Al-Hayyah: Mesir akan terus berusaha demi perdamaian.

Khamis , 29/10/2009 – Dr Khalil al-Hayyah, seorang pimpinan utama HAMAS menolak kemungkinan Mesir menarik diri daripada proses perdamaian dalam apa keadaan sekalipun. “Mesir adalah pintu yang membuka program perjuangan dan juga pintu bagi golongan yang mahukan penyelesaian meneruskan pilihan mereka itu.” Beliau turut menegaskan bahawa perdamaian adalah penting bagi semua pihak yang terlibat dengan isu Palestin, sama ada pihak dalam mahupun luar, sebagaimana ia adalah penting bagi bangsa Arab dan umat Islam. Beliau juga menyeru Kaherah agar memberikan respon terhadap pemerhatian-pemerhatian yang diberikan oleh HAMAS terhadap usaha dan plan damai diusahakan Mesir, sambil menuntut agar Mesir mengembalikan semula usaha tersebut sebagaimana sebelumnya.

Al-Hayyah seterusnya menambah dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Islamonline pada Isnin (26/10) bahawa Mesir berkewajipan mengambil serius semua pemerhatian yang dikemukakan oleh HAMAS, sambil menuntut agar meneruskan plan damai sebagaimana sebelumnya, iaitu agar HAMAS diletakkan pada tempat yang layak baginya selepas meminda beberapa ayat dalam plan tersebut. Ketika itu, anda akan dapat melihat adakah HAMAS membuat keputusannya sendiri atau tidak.

Beliau menjelaskan penolakan Mesir untuk meminda plan tersebut telah menyebabkan usaha damai tergendala. Dalam masa yang sama, beliau menyatakan bahawa Mesir telah banyak berusaha serta memberikan perlindungan kepada semua fraksi Palestin semenjak beberapa bulan yang lalu. Namun beliau tertanya-tanya kenapakah Mesir tidak mahu membuat pindaan terhadap beberapa ayat tersebut sebagaimana asalnya, yang sedikitpun tidak akan memudaratkan Mesir begitu juga semua fraksi Palestin?

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir