Khamis , 29/10/2009 – Sayap bersenjata Pergerakan Jihad Islam, Brigade Al-Quds, pada hari Isnin mengecam pihak berkuasa Ramallah yang telah mengadakan kempen keselamatan terhadap para pejuangnya di Tebing Barat. Abu Ahmed, jurucakap sayap jihad, mengatakan dalam sebuah kenyataan bahawa kempen keselamatan tersebut berkait dengan Pihak Berkuasa Israel (IOA).
Beliau juga menggariskan bahawa, rakyat Palestin seharusnya mengenepikan perbezaan fahaman politik dan bersatu menentang IOA yang kini rancak menyerang Masjid Al-Aqsa, yang mana mungkin dibahagikan sama seperti yang berlaku di Masjid Ibrahimi, Al-Khalil. Militan Ramallah yang setia kepada ketua PA, Mahmoud Abbas telah menyekat 8 aktiviti jihad dan masih terus memburu mereka.
Militan Abbas juga menculik dua penyokong Hamas di tebing barat dua hari kebelakangan ini di sempadan Ramallah. Sementara itu, kerajaan haram Salam Fayyad terus memecat Pegawai sivil yang bertentangan dengan politiknya, dan memecat 22 guru termasuk dua saudara di Nablus dan Al-Khalil.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929