2 Tahanan Terlepas Daripada Penjara Palestin

Selasa, 26/4/2005 –Sumber berita israel mendakwa dua tahanan yang dikaitkan dengan pergerakan Jihad Islam telah melarikan diri daripada penjara pihak berkuasa Palestin di Tulkram.

Sumber tersebut menyebut, mereka yang melarikan diri dikenali sebagai Shafiq Abdul Ghani dan Ahmed Zaki. Kedua-dua mereka ditahan sebaik sahaja berlaku pengeboman di tel Aviv pada bulan Februari yang lepas. Mereka berdua telah didakwa terbabit dalam insiden tersebut dan pihak berkuasa Palestin masih mencari mereka.