Categories
Berita Semasa

Gas kehabisan di Gaza, krisis kemanusiaan yang teruk akan berlaku.

Ahad,15/11/2009 – Persatuan syarikat bahan api di Gaza Sabtu lalu memberi amaran krisis kemanusiaan yang akan berlaku selepas pemberhentian bekalan gas dari stesen bahan bakar untuk 25 hari berturut-turut.

Mahmoud Al-Shawwa, ketua persatuan bahan api mengatakan bahawa stesen gas di Gaza ditutup selepas stok kehabisan.   Shawwa menjelaskan bahawa rejim Zionis telah menutup sempadan Shujaiya baru-baru ini bagi tujuan kemasukan gas dan diesel ke dalam industri di Gaza . Hanya sempadan Karam Abu Salem yang dibuka untuk tujuan itu, tetapi hanya dalam kuantiti yang kecil sahaja dan ia masih tidak mencukupi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx