HAMAS Tidak Berhasrat Meletak Senjata Selepas P/raya

Rabu , 27/4/2005 –Pergerakan HAMAS menegaskan bahawa pihak mereka tidak berhasrat untuk meletakkan senjata selepas menyertai pilihanraya Parlimen Palestin yang dijadual berlangsung pada bulan Julai ini.

Kenyataan HAMAS ini menjawab kenyataan yang dibuat oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang sebelum ini menyatakan bahawa pergerakan tersebut tidak lagi memerlukan senjata sejurus selepas ianya menjadi sebuah pertubuhan politik. Jurucakap HAMAS, Musheer al-Masry berkata, ?tangan-tangan kami akan tetap memegang senjata sehinggalah penaklukan dapat dihentikan.? Menurut beliau lagi, penyertaan HAMAS dalam pilihanraya tidak bererti bahawa HAMAS dalam proses perubahan kearah menjadi sebuah parti politik.

Dalam pada itu, jurucakap HAMAS di Gaza, Sami Abu Zuhri dipetik sebagai berkata, ?perjuangan HAMAS adalah untuk menghalau penjajah Israel dari bumi Palestin dan bukan sekadar untuk mendapat tempat dalam Majlis Perundangan Palestin (parlimen).?