Hamas Siap Hadapi 2 Perang

Rabu , 27/4/2005 –Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Mishal menegaskan bahawa Hamas tetap berpegang teguh dengan pilihan perjuangan penentangan meskipun Zionis-Israel telah keluar dari Semenanjung Gaza dan sebahagian Tebing Barat.

Dalam wawancara dengan harian Rusia Ghazita, Mishal menegaskan bahawa Hamas akan berdepan dengan 2 perang; perang pembebasan tanah Palestin dari jajahan Zionis-Israel dan perang dalam keterlibatan membangunkan Palestin dari dalam.

Beliau turut menegaskan, bahawa pejabat-pejabat di Eropah masih melakukan hubungan dengan gerakan Hamas secara aktif. Ini kerana mereka memahami kebenaran perjuangan Hamas. Sebab perjuangan itu tidak berbeza dengan perjuangan rakyat Rusia dan atau Perancis ketika perang dunia II menentang Hitler. Namun Eropah di saat ini, kata Mishal masih lemah karena masih di bawah bayang-bayang Amerika dari satu sudut dan kekerasan Israel dari sudut lain.

Hubungan Eropah dengan Hamas ini dibuktikan dengan pertemuan Soulana (pejabat di Eropah) dengan pimpinan Hamas. Mishal sendiri memberikan penghargaan terhadap sikap Rusia yang menolak Hamas dilabel sebagai organisasi Hamas seperti yang dilaung-laungkan oleh Zionis-Israel dan kembarnya Amerika.