10 Ribu Fanatik Yahudi Membanjiri Masjid Aqsa

Rabu , 27/4/2005 –10 ribu orang fanatik Yahudi membanjiri kawasan Masjid Aqsa semalam kerana menghadiri pesta Jewish Passover (sempena peristiwa kaum Yahudi melintasi laut merah) selepas gagalnya serangan terhadap Masjid Aqsa pada 10 April lalu.


Rejim Zionis bertindak mengawal orang ramai yang membanjiri kawasan Buraq yang dikenali sebagai Tembok Ratapan (Wailing Wall) oleh orang yahudi pada sebelah siang, sumber Israel menyebut.

Polis Israel menghalang kereta persendirian daripada memasuki kawasan BaitulMuqaddis kerana bimbang berlaku sebarang letupan yang membawa kemusnahan kepada Majid Aqsa dan Dome of Rock.

Teori Israel mengatakan mungkin para fanatik Yahudi menggunakan kereta sebagai pembawa bom atau mungkin menggunakan kapal terbang atau yahudi itu sendiri meletupkan dirinya di dalam Masjid Aqsa.

Para pemerhati berpendapat tindakan fanatik Yahudi ini sebagai menguji akan tindak balas kaum muslimin sedunia jika Masjid Aqsa dimusnahkan.