Jumaat , 29/4/2005 – Pertubuhan Aqsa semalam telah membongkar persidangan Zionis berlangsung semalam bagi membincangkan rancangan membina Kuil di tapak Masjid Aqsa yang suci.
Sumber dari pertubuhan Aqsa menyatakan mesyuarat tersebut bermula jam 10:30 pagi (waktu tempatan) bertempat di Plaza Buraq (Wailing Wall)
di Jerusalem.
Beberapa rabbis (ulama kaum Yahudi ) yang fanatik menyarankan agar pembinaan tersebut dipercepatkan.
“Saya tidak kisah reaksi Arab dan Muslim kerana saya fikir mereka tidak boleh berbuat apa2 jika kita meruntuhkan Masjid Aqsa kerana kita telah
melakukan pada tahun 1969 tetapi mereka hanya mengutuk sahaja, Saya tidak bimbang” , salah satu komen pedas dari perwakilan dalam persidangan tesebut.
Pada 10 April lepas, ribuan fanatik Yahudi membanjiri kawasan suci Baitul Muqaddis bagi meruntuhkan Masjid Aqsa tetapi gagal.