Sharon Ingin Melihat Masjid Aqsa Runtuh !

Jumaat , 29/4/2005 –Mufti Jerusalem, Dr Ekrema Sabri mengesahkan PM Israel , Ariel Sharon mendalangi kempen utk membolehkan Masjid Aqsa menjadi tempat ibadat Yahudi.


“Sharon cuba memenuhi hasrat Yahudi berhaluan kanan yang mana telah mengundinya sehingga berkuasa untuk penggal kedua “, Sabri berkata.

Dalam satu temubual dengan Pertubuhan Aqsa , Sabri berkata topik teras yang dibincangkan oleh Sharon di Dubai dan Cairo lalu adalah hasrat Yahudi
untuk meruntuhkan Masjid Aqsa.

“Bila2 masa sahaja mereka akan meruntuhkan Masjid Aqsa di bawah pengawasan polis yang juga rejim Zionis”, tambah beliau.

Mufti menolak idea untuk meletakkan Jerusalem di bawah pengawasan antarabangsa. “Allah akan melindungi Aqsa dan kita bersama akan berjuang mempertahankannya”.