Senjata Baru Israel Lumpuhkan Saraf

Ramallah , Selasa , 03/05/2005 – Sumber-sumber tempatan yang diperolehi dari kejadian tunjuk perasaan di kampung Balin barat Ramallah bagi menentang pembangunan tembok Zionis-Israel menyatakan bahawa pasukan zionis-Israel menggunakan senjata baru untuk melumpuhkan para aktivitis yang hadir untuk berdemonstrasi. Pihak Zionis-Israel menggunakan pistol kecil dengan peluru bulat kecil dan gas yang menyebabkan system saraf lumpuh.

Meskipun peluru pistol kecil bulat, namun ia boleh menembus badan dan gas yang disebarkan melalui peluru itu boleh melumpuhkan sistem saraf tubuh.
Seperti yang dikeluarkan oelh Markaz filistini lili?lam, lima orang yang syahid dalam tunjuk perasaan itu, salah satu di antara mereka adalah jurugambar Muhammad Mushin, mengalami luka dengan sebuah peluru bulat bersarang di dalam kepalanya. Ini adalah kali pertama Zionis-Israel menggunakan peluru jenis itu. Meskipun kecil, namun mangsa akan berasa seakan-akan pisau ditikam ke tubuh sehingga lumpuh untuk beberapa ketika.

Sementara itu, seorang menteri Zionis-Israel mengundur diri sebagai menunjukkan protes terhadap langkah Sharon melakukan penarikan dari Semenanjung Gaza. Neten Sharansky menyatakan pengundurannya akan diikuti oleh beberapa menteri dalam kabinet Sharon sekarang.