Panas ! Turki Bekerjasama Dengan Israel ?

Selasa , 03/05/2005 –Pegawai rasmi Israel semalam mengumumkan akan mengadakan kerjasama dengan kerajaan Turki melalui PM Turki, Receb Erdogan yang baru2 ini telah melakukan lawatan ke Tel Aviv. Israel di laporkan akan menaik taraf 30 jet pejuang f-4 dengan kos setengah juta dollar, menurut laporan akhbar Yahudi, Ha’aretz.

Akhbar tersebut mengesahkan kerajaan Turki mengenakan syarat bahawa proses naik taraf tersebut dilakukan di Turki bukan di Israel (baca: tanah Palestin yg dijajah)

Tel Aviv sebelum ini telah bersetuju menjual kepada
Turki beberapa jet pejuang dan menaiktaraf sebanyak 54 jet pejuang Turki Israel.

Sumber media Israel berkata, kunjungan Erdogan akan merapatkan lagi hubungan 2 hala Turki dan Israel khususnya dalam bidang ketenteraan dan perindustrian.