Pengunduran Tiada Kaitan Dengan HAMAS

Khamis , 12/05/2005 –Shaol Mofaz, menteri pertahanan rejim Zionis menafikan dakwaan Menteri Luar Negerinya, Slefan Shalom bahawa rejim tersebut akan membatalkan pengundurannya dari Gaza jika HAMAS memenangi pilihanraya legaslatif pada Julai 2005 nanti.

Beliau menegaskan bahawa penguduran itu akan mengikuti perancangan yang telah ditetapkan. Sharon, Perdana Menteri rejim Zionis pula menegaskan
bahawa pengunduran itu adalah satu kemestian, dan tiada kena mengena dengan HAMAS.