Categories
Berita Semasa

PM Turki Kritik Keras Israel dan Minta PBB Direformasi.

Rabu , 13/01/2010 – PM Turki, Receb Taib Erdogan mengkritik Zionis-Israel dengan keras kerana tidak merealisasikan resolusi-resolusi PBB dan terus melanggar ruang udara Lubnan dan terus menyerang Gaza. Dalam satu perjumpaan dengan PM Lubnan, Sa’ad Hariri di Ankara, Erdogan menegaskan tidak akan berdiam terhadap salah laku Zionis-Israel. Beliau juga akan mengingatkan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barack agar tidak melanggar perdamaian antarabangsa.

Erdogan turut mempertikaikan tindakan Zionis-Israel yang melakukan serangan udara yang menyebabkan kematian 3 orang rakyat Palestin. Menurut Erdogan lagi, Zionis-Israel terlampau bongkak kerana tidak mematuhi resolusi PBB.

Erdogan turut menyeru agar PBB itu direformasi. Ini kerana hampir 100 resolusi yang dikeluarkan tetapi tidak pernah diendahkan oleh Zionis-Israel. Ini menunjukkan resolusi-resolusi itu tidak bernilai. Beliau turut mengingatkan agar ke semua 5 buah negara yang menganggotai Dewan Keselamatan PBB agar bersikap adil dalam isu nuklear. Ini kerana Israel telah menggunakan bahan nuklear iaitu bom fosforus.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu ‘Umair