
Rabu , 13/01/2010 – Sebuah laman web perisikan Zionis menegaskan pembinaan tembok oleh regim Zionis sepanjang sempadannya dengan Mesir dengan kos 1.5 bilion dolar adalah kerana tekanan daripada Mesir dan Amerika, bertujuan untuk menyukarkan HAMAS.
Laman web Tech Debka berkata yang memetik sumber-sumber perisikan pada Isnin (11/1) bahawa Washington dan Kaherah mengenakan tekanan hebat terhadap regim Zionis agar mendirikan tembok keselamatan tersebut bagi melengkapkan tembok Mesir yang didirikan di sempadan dengan Gaza, bagi mengetatkan kepungan terhadap Semenanjung Gaza dan memutuskan mana-mana jalan yang boleh menjadi jalan masuk ke situ.
Laman web itu seterusnya menambah bahawa melalui pembinaan tembok Mesir dan Israel itu, Amerika mahu mengetatkan kepungan terhadap HAMAS dan menunduk serta memaksanya membuat pendirian yang lembut, dan memeterai perjanjian damai dengan Fatah serta memutuskan hubungan dengan Tehran.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir