Israel Merancang untuk Membunuh Aktivis Pembebasan Palestin

Ramallah , Khamis , 19/05/2005 – Pihak berkuasa penjajah Israel sedang merancang untuk membunuh aktivis pembebasan Palestin ?terpilih? di Jalur Gaza, pihak keselamatan Palestin mendedahkan.

Sumber tersebut memberi amaran bahawa tempoh bertenang yang sukar untuk dipatuhi oleh gerakan-gerakan pembebasan Palestin dengan negara Hebrew akan menyebabkan terputusnya perjanjian jika Israel melaksanakan rancangan tersebut.

Mereka menyuarakan kebimbangan yang kuat terhadap pencabulan berterusan Israel terhadap tempah bertenang, termasuk kempen penangkapan terhadap aktivis pembebasan di Tebing Barat.

Mereka mengariskan bahawa kerjasama pihak keselamatan PA bersama Tel Aviv menurun kepada titik terendah.

Dalam masa yang sama, menteri dalam negeri PA, Nasr Yousef, pada hari Selasa mengadakan pertemuan 4 jam dengan korrdinator US William Word.

Dalam pertemuan tersebut, yang dihadiri oleh kumpulan perancang strategi, teridir daripada elemen perkhidmatan keselamatan PA, dan deligasi penyumbang Negara, kedua-dua belah pihak mempertimbangkan penyusunan yang perlu bagi pengunduran Israel dari Jalur Gaza dan beberapa kawasan di Tebing Barat.

Mereka juga menegaskan kepentingan menyediakan sokongan yang mencukupi kepada pihak keselamatan PA, yang akan mengambil alih Jalur Gaza setelah pengunduran.

Bagi mereka, para perserta menyelar kerajaan Israel kerana tidak mengkordinasi pengunduran dengan pihak PA.

Wakil pihak negara penyumbang, sebaliknya, menegaskan kepentingan menyediakan sokongan kepada pihak keselamatan PA untuk membolehkan mereka mentadbir Jalur Gaza setelah pengumuman pengunduran tentera Israel.

Di dalam perkembangan lain, sumber pihak keselamatan PA mendedahkan bahawa menteri hal ehwal awam PA, Mohamed Dahlan, akan menemui menteri keselamatan Israel, Haim Ramon, Rabu ini, untuk membincangkan kordinasi PA-Israel mengenai pengunduran dari Jalur Gaza.

Sumber tersebut menggariskan bahawa timbalan menteri Israel Shimon Perez akan juga menemui perdana menteri PA, Ahmed-Qorei, ketika siding di forum ekonomi dunia yang akan diadakan Sabtu depan di Jordan.