Categories
Berita Semasa

Pegawai Hamas-Jihad runding perkembangan Palestin

Khamis , 21/01/2010 –Pegawai-pegawai Hamas dan pergerakan Jihad Islam telah mengadakan rundingan malam Isnin lalu untuk membincangkan perkembangan terkini Palestin di mana keutamaan diberi kepada usaha pendamaian yang dinaungi Mesir.


Dr. Khalil Al-Haya, ahli biro politik Hamas yang menghadiri mesyuarat, berkata dalam satu sidang akhbar Selasa lalu bahawa perbincangan berterusan diadakan dengan Jihad Islamiah untuk berunding tentang hubungan dua hala dan perkembangan Palestin keseluruhannya.

Sheikh Nafedh Azzam, ketua gerakan Jihad yang turut hadir dalam mesyuarat, berkata perbincangan itu menelusi isu pendamaian dan juga kekerasan berterusan Israel ke atas penduduk Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil