Categories
Berita Semasa

Ikhwan Mesir kecam tindakan Israel akibat banjir Gaza.

Khamis , 21/01/2010 – Jemaah al Ikhwan al Muslimun Mesir mengecam tindakan Zionis-Israel yang mengakibatkan banjir di Gaza. Keadaan banjir itu bakal menjadikan Gaza terbuka kepada pelbagai penyakit. Dalam satu kenyataan, Prof Dr Mohammad Badi, Mursyidul Am Ikhwan menegaskan, kejadian terbaru ini berlaku dalam keadaan Gaza yang terus dikepung, dinafikan bekalan perubatan dan bahan bakar.

Ikhwan mengutuk keras perbuatan Zionis-Israel yang sengaja membuka tadahan air yang mengakibatkan banjir di gaza. Dr. Badi turut menggesa liga Arab dan seluruh masyarakat antarabangsa menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu ‘Umair