Categories
Berita Semasa

HAMAS: mencernakan kehendak rakyat.

Khamis , 21/01/2010 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin menegaskan perdamaian nasional tidak akan berjaya kecuali apabila keinginan rakyat Palestin bebas daripada sebarang tekanan dan telunjuk pihak luar.

Beliau berkata dalam satu kenyataan televisyen bagi saluran kabel al-Quds pada hari Selasa (19/1): “Kami mahukan satu perjanjian menyeluruh yang mempunyai pendetailan, kaedah dan kefahaman jelas tentang apa yang berlaku di antara HAMAS dan Fatah, agar pengalaman lalu tidak berulang apabila banyak perdamaian telah dimeterai namun tetap menemui kegagalan. Kita amat perlu kepada sebuah perdamaian sejati agar perjuangan kita mempunyai kesinambungan.” Beliau juga menarik perhatian bahawa kuasa veto Amerika adalah sebab utama kepada penangguhan persepakatan nasional sehingga kini.

Haneyya berharap perdamaian akan tetap dapat direalisasikan, kerana ia adalah langkah pertama bagi mengukuhkan kebersamaan dan menghidupkan kembali fungsi institusi-institusi negara, Dewan Perundangan Palestin dan pembentukan sebuah kerajaan perpaduan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir