
Selasa, 26/01/2010 – Tiga aktivis solidariti asing cedera pada Sabtu lalu selepas puak Yahudi menyerang dan membaling batu ke arah mereka di timur bandar Al-Khalil.
Satu sumber mengatakan bahawa penyerang bertopeng telah menyerang sebuah perhimpunan damai yang dilakukan untuk memprotes perluasan kawasan di daerah itu.
Beliau menambah bahawa tiga aktivis tercedera termasuk seorang wanita yang dibawa ke rumah sakit di Baitulmuqaddis.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul