
Selasa, 26/01/2010 – Kempen antarabangsa Palestin bagi menamatkan pengepungan di Semenanjung Gaza memberi amaran kesan serius daripada tempoh panjang pemotongan bekalan kuasa di kebanyakan tempat di Gaza akibat kekurangan bahan bakar untuk mengoperasikan satu-satunya stesen janakuasa elektrik di situ.
Dalam satu kenyataan hari Ahad lalu, badan itu mengatakan bahawa stesen itu menghasilkan kurang daripada separuh potensi kuasa kerana kekurangan bahan bakar.
Dikatakan bahawa elektrik yang sering terputus telah menjejaskan sektor penting di Gaza terutamanya hospital, loji air dan rangkaian pembentungan di sekitarnya.
Badan itu turut menggesa masyarakat dunia bagi memikul tanggungjawab serta memberi tekanan kepada Israel agar membenarkan kemasukan bahan bakar untuk penjanaan elektrik.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79