Categories
Berita Semasa

Rektor Universiti Norway sokong boikot universiti-universiti Zionis-Israel.

Selasa, 26/01/2010 –Seorang rektor salah satu institusi pengajian terkemuka di Norway menyatakan bahawa pihak universitinya akan menyokong diskusi positif pemboikotan universit-universiti Zionis-Israel.

Beliau sendiri turut menyokong usaha itu. Rektor universiti Bergen, Profesor Sigmund Grunmu menyatakan, “Ini merupakan aspek penting dari kebebasan akademik, bila di dalam koridor universiti diadakan diskusi bebas, terbuka dan kritis tentang masalah apapun.”

Dengan adanya diskusi tentang pemboikotan Israel di Universitas “Bergen”, ini merupakan kali kedua dalam tidak sampai setahun, diskusi tentang masalah ini disokong oleh salah satu universiti di Norway.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair