Categories
Berita Semasa

Tentera Israel arah hentikan pembinaan rumah milik Palestin.

Selasa, 26/01/2010 – Tentera Israel hari ini mengarahkan dua beradik Palestin di Al-Khalil pada hari Ahad agar berhenti membina rumah mereka atas alasan tidak memiliki permit.

Sumber tempatan memberitahu tentera Israel telah menghantar notis pemberhentian tersebut dan berkata rumah itu dibina berdekatan sempadan dan dihentikan pembinaannya sehingga 28 Jan 2010 sehingga pentadbiran Israel menentukan status pembinaan tersebut.

Statistik menunjukkan tentera Israel telah menghantar notis pemberhentian pembinaan atau perobohan kepada 164 warga Palestin di daerah Al-Khalil.

sumber : COMES
penterjemah : anonymous