
Selasa , 26/01/2010 –Dr Aziz Duweik, Speaker Dewan Perundangan Palestin mengutuk kenyataan Presiden Mesir, Husni Mubarak yang menegaskan Mesir akan meneruskan pembinaan tembok keluli sepanjang sempadan dengan Semenanjung Gaza.
Duweik berkata dalam satu kenyataan kepada stesen TV kabel al-Quds, petang Isnin (25/1): 鉄aya tertanya-tanya terhadap kenyataan Mubarak. Bukankah beliau pernah berkata beliau tidak akan membiarkan rakyat Palestin kelaparan? Adakah pembinaan tembok itu bertujuan untuk tidak membiarkan rakyat Palestin kelaparan?”
Dalam satu ucapan sempena Hari Polis Mesir, Mubarak berucap dan menegaskan Mesir akan meneruskan pembinaan pertahanan dan kejuruteraan (tembok) sepanjang sempadan dengan Semenanjung Gaza. Beliau juga menolak sebarang perdebatan sekitar isu tersebut dan menganggap pembinaan tersebut sebagai sebahagian daripada fenomena kedaulatan negara Mesir.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir