Categories
Berita Semasa

MP Jamal Al-Khudari hargai surat anggota kongres Amerika kepada Obama.

Khamis, 28/01/2010 – MP Jamal Al-Khudari selaku ketua jawatankuasa popular menentang pengepungan dan jawatankuasa kerajaan terhadap pengepungan hari ini mengeluarkan dua kenyataan berasingan bagi menghargai surat yang dihantar oleh 54 anggota kongres Amerika kepada Presiden Barack Obama berkenaan isu pengepungan di Gaza.

Ahli parlimen itu berkata tekanan terhadap tentera rejim Zionis tidak sepatutnya berhenti bahkan harus diteruskan.

Jawatankuasa kerajaan pula berkata meskipun surat masih tidak mencukupi namum ia tetap dihargai lebih-lebih lagi ketika kerajaan Amerika merupakan penyokong utama rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79