Categories
Berita Semasa

86 ulama keluar fatwa larang pembinaan tembok besi Mesir.

Khamis, 28/01/2010 – Seramai 86 ulama pada hari Isnin mengeluarkan fatwa melarang pembinaan tembok besi Mesir di sepanjang sempadan Rafah dan penutupan pintu sempadan serta menegaskan fatwa yang dikeluarkan ulama Al-Azhar mengharuskan pembinaan tersebut adalah tidak betul dan tidak sah.

Mereka mengecam pembinaan tembok itu yang mengikut telunjuk Zio-Amerika itu akan meburukkan lagi kebuluran rakyat Gaza serta fatwa ulAl-Azhar itu dibuat dengan tidak membuat kajian mendalam dan tidak dibincang secara mendalam serta tidak menjemput semua ahlinya semasa dalam mengeluarkan fatwa meraka.

Fatwa Al-Azhar ini bertentangan dengan prinsip Islam yang menekankan persaudaraan dan membebaskan saudara Islam daripada penjajah merupakan tanggungjawab semua Muslim.

Dalam masa yang sama, speaker Palestin Dr. Aziz Dweik mengutuk sekeras-kerasnya Hosni Mubarak yang berdegil untuk teruskan pembinaan tembok besi dan merupakan satu langkah mempertahankan kemerdekaan Mesir. Dr. Aziz menambah bahawa Hosni Mubarak pernah mengatakan tidak akan membiarkan rakyat Gaza kebuluran dan adakah pembinaan tembok besi ini menepati apa yang dikatakan oleh beliau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous