Categories
Berita Semasa

Hamas: Sekatan keperluan bahanapi bercanggah dengan kemanusiaan.

Khamis , 28/01/2010 –Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum berkata rabu lalu, persetujuan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dengan Kesatuan Eropah (EU) untuk menghentikan bekalan bahanapi ke Semenanjung Gaza yang diperlukan untuk janakuasa adalah satu jenayah kemanusiaan yang mengakibatkan nyawa ramai orang awam terutama sekali pesakit dan bayi pra matang.

Pada kenyatana media ke Pusat Maklumat Palestin (PIC), jurucakap Barhoum menambah bahawa krisis ini, jika berterusan, akan melumpuhkan kehidupan hariah di Gaza dan mengakibatkan malapetaka alam sekitar, kemanusiaan dan kesihatan yang teruk. Jurucakap itu menegaskan bahawa Kesatuan Eropah patut patuh pada perundangan dan moral untuk membekalkan bahanapi keperluan janakuasa Gaza.

Dia memaklumkan bahawa ini bukan pertama kalinya PA bersekongkol dalam sekatan ke atas Gaza, Mahmoud Abbas sendiri telah menyatakan sokongannya keatas pembinaan tembok besi dan sokongan ke atas peperangan Israel terhadap Semenanjung itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hasbullah