Categories
Berita Semasa

Militia Abbas memalukan wanita Palestin di Tebing Barat.

Isnin , 08/02/2010 –Beberapa sumber tempatan mengesahkan bahawa kumpulan pasukan keselamatan PA di Tebing Barat telah menyaman Layla Saqar untuk tujuan soal siasat dalam satu percubaan untuk memberi tekanan kepada suaminya Ahmad Nabhan Saqar yang telah menderita dalam penjara Israel selama sepuluh tahun kini.

Menurut sumber tersebut lagi, beberapa personaliti Palestin yang berprofil tinggi dalam bandar raya Nablus campur tangan bagi memujuk Mahmoud Ghannam, ketua PA MUKHABARAT (perisikan) dalam bandar raya untuk membatalkan saman tersebut kerana ia melanggar etika dan nilai-nilai kemasyarakatan Palestin tetapi usaha-usaha mereka hanya sia-sia dan menimbulkan kemarahan masyarakat di situ.

Sumber-sumber itu memetik kata-kata dari seorang jiran Layla sebagai berkata “Kumpulan militia Abbas tiada sebarang pertimbangan ke atas keadaan keluarga Layla Saqar memandangkan suaminya telah ditahan di penjara Israel dan dia menyara anak-anaknya seorang diri sepanjang tempoh tersebut”,

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez