Categories
Berita Semasa

Amerika kepada Israel : Kurangkan pengepungan ke atas Gaza untuk kurangkan tuduhan jenayah perang Goldstone.

Isnin , 08/02/2010 – Amerika Syarikat mencadangkan kepada Israel agar mengurangkan pengepungan ke atas Gaza supaya dapat menafikan tuduhan jenayah perang semasa Operasi ‘Cast Lead’ lebih setahun lalu, seperti dalam laporan Goldstone.

Pada hari Jumaat, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dijangka akan membentangkan laporan tersebut dalam perhimpunan agung berkaitan perlaksanaan perkara-perkara yang dicadangkan oleh Israel dan pihak berkuasa Palestin (PA), seperti yang ditulis di dalam laporan tersebut.

Mesej Amerika Syarikat berkaitan pengepungan itu disiarkan pada minggu lepas setelah delegasi Kementerian Luar Negara bermesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Negara dan Rumah Putih. Kebanyakan topik dalam mesyuarat itu membincangkan apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh Israel untuk membantu Amerika Syarikat dan sekutunya menghentikan laporan Goldstone dan menghalangnya daripada sampai ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa