Categories
Berita Semasa

Mabhouh: Siapa yang memilih laluan perjuangan penuh rintangan pasti mengetahui pengakhirannya.

Isnin , 08/02/2010 – Mahmoud Al-Mabhouh, panglima Hamas yang telah dibunuh di Bandar raya Dubai oleh pihak Mossad Israeli beberapa minggu lepas, telah menyatakan yang beliau telah memilih laluan rintangan itu dan mengetahui beginilah pengakhirannya.

Dalam satu wawancara yang dirakam di saluran satelit Al-Jazeera dan diterbitkan pada 6 Januari lalu, Mabhouh yang hadir sambil menyembunyikan wajahnya ke belakang Coufeyya penduduk Palestinnya, mendedahkan bahawa pihak Mossad Israeil telah memburu beliau hampir dua dekad selepas mereka mengenalpasti penglibatan beliau disebalik penangkapan dua orang tentera Israel pada 1989.

Beliau juga mendedahkan bahawa pihak Mosad Israeli pernah membuat tiga cubaan bunuh ke atas beliau, yang pertama adalah di Semenanjung Gaza pada 1991 kemudian beliau meninggalkan tebing barat atas arahan pegawai atasan beliau, Kedua, sewaktu Mosas Israel dalam percubaan membunuh panglima Qassam Ezzidein Sheikh Khalil pada 2004, dan ketiga adalah selepas Mossad membunuh ketua tentera Hizbullah Emad Mughneyya di Damsyik pada 2008.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  rohiez