
Selasa, 23/02/2010 – Yayasan Bantuan Kemanusian Turki (IHH) berkata bahawa pihaknya sedang melakukan persediaan besar-besaran untuk menghantar konvoi bantuan dengan 20 buah kapal dari pelabuhan Istanbul ke Semenanjung Gaza yang sedang dikepung, pada bulan depan.
Yayasan tersebut yang pernah terlibat dalam banyak konvoi bantuan ke Gaza menjelaskan bahawa kapal-kapal itu akan diisi dengan bahan-bahan keperluan penting kemanusiaan seperti bahan-bahan pembinaan dan perubatan.
Menurut mereka lagi, kapal-kapal lain dari US, Greece, Itali, Jerman, Malaysia dan Venezuela, menggambarkan tokoh-tokoh dari pelbagai negara dan aktivis kemanusiaan akan menyertai konvoi tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa