Jumaat , 15/07/2005 – Helikopter Israil dilaporkan melepaskan tembakan di empat tempat yang berasingan dalam serangan udara di semenanjung Gaza menurut saksi awal pagi jumaat ini.
Serangan pertama memusnahkan rumah kebajikan pro Hamas di Bandar Gaza dan beberapa minit kemudian helicopter tersebut menyerang dan memusnahkan perkuburan di Khan
Younis yang digunakan oleh pejuang bagi melancarkan roket mortar yang bersebelahan
dengan penempatan Yahudi.
Dalam satu kenyataan al-Qassam, sayap tentera Hamas dikatakan telah melancarkan 15
roket Qassan dan enam mortar di penempatan Israel.