Pimpinan Palestin tanya Solana ‘Apa seterusnya’?

Jumaat , 15/07/2005 – Tanah yang dijajah Jerusalem – Pimpinan Palestin di tebing Gaza mengadakan pertemuan dengan Ketua Luar Negeri EU Chaqver Solana dan berkata mereka pengunduran Israel tidak bermakna keamanan akan wujud selepas itu.

Solana bertemu dengan beberapa ahli Majlis Undang-undang dan pimpinan tempatan
untuk mendengar pandangan mereka terhadap Tebig Gaza berikutan pelaksanaan pengunduran Israel.

Mengikut sumber tempatan, penggubal undang-undang memberitahu Solana usaha-usaha Israel menyekat kebebasan Palestin akan mencetuskan pertempuran dan Intifadha yang baru.Marwan Kanafani, yang berundur dari Majlis Undang-undang awal minggu ini memberitahu
Solana tindakan tidak adil Israel termasuk perluasan penempatan haram Israel dan
pembinaan tembok apartheid membunuh apa jua peluang keamanan yang realistik.Mesej yang sama juga telah disampaikan oleh Ziad Amr, bekas Menteri PA.

Terdahulu, Menteri Luar Negeri German Joshka Feischer bertemu pimpinan PA termasuk
Presiden Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Ahmad Qorei. Mengikut sumber Agensi
Berita Palestin, mereka berdua melahirkan rasa kurang senang hati terhadap perkembangan
semasa terutamanya perluasan penempatan haram Israel.

Feischer dilaporkan memberitahu pimpinan Palestin pelan damai akan menjamin sebuah negara berdaulat Palestin di Tebing Barat.

Kebanyakkan rakyat Palestin dan ramai pemerhati percaya perluasan penempatan haram
Israel yang semakin meluas akan membunuh sebarang kemungkinan untuk sebuah negara
Palestin di Tebing Barat.